it's happen again.... all my mistake...


Wah… lamanya tak menulis. Otak dah kosong untuk mengeluarkan idea-idea yang dapat menggerakkan jari-jemari menekan keyboard untuk mengatur ayat. ?? Apa da aku mengarut. Ketiadaan idea itu mungkin kerana perhatian yang lebih diberikan kepada kehidupan realiti aku yang banyak sangat perubahan.
Hari ini, sepanjang hari menghabiskan masa bersama seseorang dan aku telah mengambil satu pelajaran yang amat berharga darinya.
Dalam beberapa bulan, aku mencuba untuk tidak menjadi aku. Aku cuba untuk tidak menjadi aku yang ego, keras hati, gelabah tak tentu pasal, yang terkejar-kejar tah hape ke bende tah, yang berangan-angan, yang kusut masai, yang memandang tinggi terhadap diri sendiri, yang sentiasa merasakan diri sendiri sentiasa betul, yang hanya mementingkan diri sendiri, yang sukar untuk terima apa pemberian Allah, yang sukar untuk akur dan tunduk pada Allah, dan macam-macam lagi la, yang bila kalau search pakai google tu, memang jumpa macam-macam dalam lubuk hati ni.
Dengan pakej yang aku ada ni, aku cuba berjalan dan menikmati kehidupan dengan cara aku sendiri, cara yang aku fikirkan itulah jalan yang terbaik untuk hidup aku. Tapi semakin lama, sebenarnya semakin tiada ketenangan. Semakin aku rasakan Allah berlepas diri dari aku. Lalu sampai satu tahap, tetiba jek aku tertanya-tanya, kat mana aku sekarang ni?
Dalam masa sebulan yang lepas, aku sudah mula mencari wang untuk saku sendiri. Setakat ni baru sikit je dapat. Tapi kalau dizinkan Allah, Allah akan beri yg setimpal dengan usaha aku. Merokok pon dah semakin kurang. Alhamdulillah. Bila lah boleh start balik merokok gile-gile ek? Main-main je. Kalau boleh berhenti, bagus la. Kalau tak boleh cuba lagik.
Dan dalam sebulan ini juga sebenarnya, aku dapat tunjuk ajar direct dari Allah dengan berbagai dugaan-dugaan yg Dia beri kat aku. Banyak bukakkan mata aku terhadap benda-benda yg aku tak nampak sebelum ni. Dan, banyak pandangan-pandangan aku berubah dalam sebulan ni. Serius.Selama ini, aku adalah orang yang tertinggal. Tertinggal dalam segala-galanya. Dunia dan akhirat. Tapi, bila toleh balik, tak satu pun jalan itu aku yang pilih. Semua jalan itu, dilorongkan kepada aku. Aku seringkali memilih jalan lain, jalan yg dimana, kalau gagal pun aku berasa puas kerana jalan itu yg aku dah pilih.. tapi akhir sekali, mesti aku dilorongkan ke jalan yang aku tak pilih. Akibatnya, akulah orang yang tertinggal.
Saat semua orang telah selesai segalanya, aku masih lagi terkapai-kapai. Saat semua orang telah pergi ke tingkat seterusnya, aku masih lagi ditakuk lama. Saat semua orang telah mula memiliki sesuatu, aku masih lagi mencari-cari. Natijahnya, aku kini berada di suatu tempat yang aku sendiri tak tau nak define aku kat mana.
Aku punya cita-cita. Aku punya angan-angan. Tapi setelah sekian lama, cita-cita itu aku rasakan sekadar mimpi yang bila bangkitnya aku dari tidur, pasti akan hilang. Lalu aku mengalah utk mengejar cita-cita.
Aku punya matlamat, tapi sekian lama, matlamat itu hanya merosakkan diri aku perlahan-lahan.
Pernah tak korang rasa sakit hati dengan ’seseorang’ dan cerita kat orang lain ape yg ’seseorang’ tu dah buat pada korang sebagai luahan perasaan ketidakpuasan hati korang. Pastu, tanpa korang sedari, korang tercakap keburukan-keburukan orang tu.. cth cam, “eleh, die tu bukan bagus sangat, subuh lepas gak!” atau mungkin, “tiap-tiap ari nak moody jer, tah hape-hape! cam budak-budak!” dan sebagainya.
Tapi sebenarnya, macam mana kita bising-bising pun, bukannya selesaikan masalah pun. Macam mana kita dok sebut salah orang pun, bukan selesaikan masalah pun. Tu hanya sekadar melegakan hati kita waktu itu. Lepas sejam mungkin perasaan tu datang balik.
Tah, tadi, aku mempelajari dengan bercerita tentang keburukan orang, menyebut-nyebut ketidakpuasan hati kita pada orang, menyebut-nyebut salah yang ada pada orang dan sebagainya dapat membuatkan orang yang kita marahi itu melayani kita lebih baik. Atau mungkin orang tu belanja kita makan ke, mintak maaf kat kita ke, bawak kita melancong ke.

1 comment:

  1. bukan tertinggal..tapi terlewat.
    dulu Dia pernah lorongkan jalan..sekarang pun Dia lorongkan jugak.maknanya..Dia sayang.cuma kita yg buta rasa.yg lepas,jd iktibar,jgn diulang.sama2 cuba yea.all the best =)

    ReplyDelete