Subuhnya
di mana aku berada masih enak dalam kelambu rindu sambil berpoya-poya dengan waktu.masa bagaikan menderu langkah tiada arah tuju.fikiran terus bercelaru terlupa.aku semakin dihujung waktu.siapa aku di depan Tuhan ku?
Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan kehausan dan rehatku.aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku.aku bertolak ansur dengan waktu.aku gembira membilang keuntungan.aku terlupa betapa besar kerugian.jika aku mengadaikan sebuah ketaatan.siapa aku di depan Tuhan ku?
Asarnya
aku lupa warna masa.cepat berubah bagaikan ditolak-tolak.aku masih dengan secawan kopi.kuterlupa panas tidak di hujung kepala.aku masih bercerita tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka.siapa aku di depan Tuhan ku?
Maghribnya
aku melihat warna malam tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnyamencari sisa-sisa keseronokan.tidak terasa ruang masa yang singkat.jalan yang bertongkat-tongkat.ruginya bertingkat-tingkat.siapa aku di depan Tuhan ku?
Isyaknya
kerana masanya yang panjang aku membiarkan penat menghimpit dadaku.aku membiarkan kelesuan menggangguku.aku rela terlena sambil menarik selimut biru.bercumbu-cumbu dengan waktuku.siapa aku di depan Tuhan ku?
Kini aku menjadi tertanya-tanya sampai bila aku akan melambatkan sujudku apabila azan berkumandang lagi.aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi kerana di hujung hidup ada mati.bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini jika ruangku dibiarkan kosong jika wajahku menjadi asing pada mentari dan juga bintang-bintang.
SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU?ASTAGHFIRULLAH... ... ...
walau apa pun yang kita kerjakan dan apa yang kita laku kan... kita sentiasa diperhatikan oleh Nya...
