hari ini aku tidak jujur
apabila mengatakan bahawa
aku tidak rindukanmu
sedangkan hati ini tidak pernah
berhenti bertanyakanmu
hari ini aku tidak ikhlas
apabila mengatakan aku tidak teringatkanmu
sedangkan di kotak fikirku ini
kau tidak pernah jauh jaraknya dari ingatan ini
hari ini aku berbohong
apabila mengaku bahawa aku tidak sayangkanmu
sedangkan sudah berulang kali
kau dengar aku melafazkannya
mengapa dajal benar
mulutku melukakan hatimu hari ini…
